Blogger Templates

Friday 30 September 2011

Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%)

Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) - Forum MyGuru                                                            Tarikh akhir: 03 Oktober 2011 (Isnin)Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 10% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%)

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) – Blogger (link blog diletakkan di MyGuru                       Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:

Tugasan 1B: Esei (20%)

Tugasan 1B: Esei (20%) – Penghantaran melalui GMail                                                                        Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:1.      Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.2.      Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1).  PanduanAnda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..

Tips: Tugasan Forum


Tips: Tugasan Forum
Dalam tugasan Forum, anda tidak semestinya membuka topik baharu (Add New Topic). Anda boleh juga membalas/membincangkan topik rakan anda. Perbincangan beramai-ramai lebih bagus supaya kita dapat bertukar-tukar pandangan. Itulah dia peranan forum sebenarnya. Tapi ingat, jangan lupa adab berforum..Apa yang penting, KERJASAMA...  
Tips: Tugasan Blog 
Mana-mana pelajar yang mempunyai masalah dalam pembinaan blog serta mempunyai kelapangan pada tarikh Tutorial kedua dijalankan (15 atau 16 okt mengikut Pusat Wilayah PJJ masing) , bolehlah berjumpa dengan tutor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Anda juga boleh muat turun Modul Pembinaan Blog yang disediakan oleh Pusat ICT di sini . Selain dari itu, terdapat banyak video berkaitan dengan pembinaan blog menggunakan blogger. Antaranya http://youtu.be/ryb4VPSmKuo
Sekiranya anda perlukan maklumbalas terhadap rekaan dan pembinaan blog anda, sila:
1. masukkan link blog yang dibina ke dalam group foum kumpulan anda
2. private message pensyarah anda untuk dapatkan perhatian pensyarah.
Saya pasti, pensyarah anda akan menyemak hasil kerja anda dan memberikan pandangan beliau.
Selamat mencuba..