Blogger Templates

Wednesday 7 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 3 -- PENDIDIKAN MORAL

https://docs.google.com/open?id=0B-mNIUljschBMmQ0M2UyOGMtODgyYy00MDhiLTk5NjUtNWI4NjQ2MTI5MzYz


Refleksi Pelajaran 3
     Selepas mengajar, saya mengimbas kembali akan kelebihan dan kelemahan semasa saya menjalankan P&P. Saya mendapati semasa saya mengajar topik ini, kebanyakkan murid menumpu perhatian terhadap pengajaran saya. Ini kerana saya telah menggunakan kaedah soal jawab keseluruhan kelas dan murid dapat memberi respon berdasarkan penyoalan guru. Selain itu, saya juga menunjukkan gambar-gambar yang berkenaan dalam perisian power point. Mereka tertarik dengan gambar yang jelas, berwarna dan besar dipaparkan di atas skrin.
    Semasa menjalankan P&P, saya menggunakan kaedah deduktif dan juga kaedah belajar secara kumpulan iaitu dimana murid perlu berbincang serta menghasilkan hasil perbincangan mereka melalui teknik lakonan. Murid telah menunjukkan minat serta memberi respon yang aktif semasa melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Selain itu, saya mendapati soalan yang diutarakan pada langkah menstruktur semula agak mengelirukan murid dan menyebabkan ramai murid memberi jawapan di luar jangkaan saya. Murid mendapat miskonsepsi di langkah pengajaran ini.  Saya perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid dan soalan  yang dikemukakan juga perlu mudah ditafsir.  Dengan ini, murid dapat memberi jawapan dengan tepat.
Oleh sebab saya menggunakan masa yang lebih untuk memberi respon kepada jawapan murid pada langkah menstruktur semula. Ini  menyebabkan saya perlu menangguh masa untuk menjalankan langkah yang seterusnya dan menyebabkan saya perlu mengejar masa untuk menjalankan langkah seterusnya.  
  Secara keseluruhannya, hasil pembelajaran saya dalam topik yang diajar telah dicapai. Akan tetapi, masih ada kelemahan yang boleh dimajukan pada P&P yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment