Blogger Templates

Wednesday 7 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 6 -- BAHASA CINA

https://docs.google.com/open?id=0B-mNIUljschBOWU2NDU4MjItYjgwOS00Y2JhLWJiMGQtMjJlYWRhYjYyNjBi


REFLEKSI RPH


Setelah menjalankan pengajaran, saya mendapati cara persembahan saya tidak begitu memuaskan kerana saya berasa cemas apabila dirakam dan menggunakan banyak masa untuk menampal kad imbasan.

Untuk menjimatkan masa menampal kad imbasan, saya boleh meletakkan kad-kad tersebut di dalam satu kad yang panjang dan hanya melekatkan satu kad saja maka masa dapat dijimatkan.

Saya mendapati penjelasan saya tentang kemahiran tidak begitu jelas. Bagi mengatasi masalah ini, saya boleh membahagikan 2 ayat pada permulaaan pelajaran kepada perkataan atau rangkai kata supaya saya boleh menunjukkan cara menukar ayat aktif kepada ayat pasif agar murid lebih mudah memahami .

Saya juga mengajar melebihi masa yang ditentukan. Setelah mengimbas kembali, saya mendapati ini disebabkan saya menggunakan terlalu banyak masa untuk melekat kad imbasan. Saya perlu mengambil berat tentang masalah ini agar tidak menjejaskan pengajaraan harian saya terutamanya dalam pengajaran makro nanti.

Kekuatan pelajaran ini ialah saya memberi contoh di papan hitam untuk diselesaikan oleh murid. Saya mendapati murid yang tidak faham pada permulaannya lebih memahami pada akhir pengajaran. Kelantangan suara saya akan memudahkan murid mendengar dengan jelas dan seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Kad yang berlainan warna yang digunakan dalam pengajaran ini juga dapat menarik minat murid untuk belajar.

Secara keseluruhan, saya patut belajar dari kelemahan dan memperbaikinya agar pengajaran saya dapat berjalan lancer manakala kekuatan pengajaran saya diteruskan.

No comments:

Post a Comment