Blogger Templates

Wednesday 7 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 -- PENDIDIKAN MORAL

https://docs.google.com/open?id=0B-mNIUljschBYWIwOTRiNGItMDczYy00Mjg2LTlkNmQtMDEzNWQ1M2ZhZmFj


Refleksi Pelajaran 2
         Saya berasa pengajaran ini dijalankan agak lancar. Penyampaian agak mudah difahami oleh murid dan murid mengambil bahagian dengan aktifnya dalam aktiviti P&P.
       Saya menggunakan bahasa yang mudah disenangi oleh murid maka objektif pelajaran dapat dicapai dengan tahap optimum. Penggunaan bahan teknologi dalam pengajaran juga merupakan salah satu faktor yang penting dalam pencapaian objektif pelajaran. Ini kerana murid lebih mudah tertarik dengan adanya gambar yang berwarna dan visual yang bergerak atau bersuara. Biasanya murid kurang didedahkan penggunaan bahan teknologi dalam aktiviti P&P. Selepas pengajaran ini, saya harus sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid lebih memberi penumpuan dalam aktiviti P&P guru. Penggunaan bahan teknologi, kaedah nyayian dan lakonan lebih menarik perhatian murid dalam penyampaian P&P.
       Dalam langkah aplikasi idea, saya menggunakan kaedah perbincangan dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang ditujukan dalam aktiviti kumpulan. Murid mengambil bahagian dengan aktif dalam aktiviti perbincangan. Perbincangan dalam kumpulan membolehkan murid yang bersifat kepimpinan mengetuai ahli kumpulannya memberi pandangan dalam perkara yang dibincangkan. Murid diberikan peluang untuk memberi pendapat dan menyelesaikan masalah harian. Malah sebelum memulakan perbincangan, arahan guru kurang jelas maka menyebabkan sesetengah murid agak keliru. Guru harus membahagikan kumpulan dahulu barulah mengedarkan bahan tugasan kepada mereka. Kesilapan ini menjadikan murid agak keliru semasa guru mengedarkan bahan tugasan.
           Semasa  menyiarkan lagu “Jiran Yang Baik” , komputer telah mengalami masalah teknikal lalu menyebabkan lagu tidak dapat disiarkan. Saya segera menangani masalah ini tetapi ia juga memanjangkan masa langkah struktur semula. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, saya harus cekap dalam penggunaan komputer.

No comments:

Post a Comment