Blogger Templates

Wednesday 7 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 -PENDIDIKAN MORAL

https://docs.google.com/open?id=0B-mNIUljschBOTgyODA2NjEtMDZlMC00NTdiLWJlMTQtMDE2ZTUxYjA1ZTA5

Refleksi Pelajaran
     Selepas mengajar, saya mengimbas kembali kelebihan dan kelemahan saya semasa menjalankan P&P. Dalam proses P&P, saya mendapati semasa mengajar topik ini, murid-murid menunjukkan minat terhadap pengajaran saya pada awalnya. Ini kerana saya menggunakan alat mendengar dan memulakan pengajaran saya dengan meneka jenis bahasa.
    Semasa menjalankan P&P, saya menggunakan kaedah induktif dan juga kaedah belajar secara kumpulan iaitu dimana murid perlu berbincang serta menghasilkan hasil perbincangan mereka melalui teknik lakonan. Murid telah menunjukkan minat serta memberi respon yang aktif semasa melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Saya mendapati saya tidak dapat mengawal kelakuan sesetengah murid. Sebagai contoh, pada langkah set induksi, saya menggunakan kamus elektronik sebagai alat bantu mengajar dan  sesetangah murid tidak dapat mendengar dengan jelas isi kandungan yang disiarkan. Ini kerana alat bantu mengajar yang disediakan oleh saya tidak berfungsi dengan baik. Saya akan berupaya memastikan ABM yang disediakan dapat memanfaatkan kepada semua pelajar sebelum menggunakannya.
Kelemahan kedua ialah saya tidak menyampaikan isi pelajaran dengan jelas supaya murid-murid memahami apa yang dimaksudkan dalam pelajaran. Pada masa akan datang, saya seharusnya menyediakan beberapa cara penyampaian supaya semua murid memahami isi kandungan pelajaran. Saya juga mendapati diri saya tidak pandai menguruskan masa. Saya telah menamat pelajaran lebih awal daripada masa yang dirancangkan.
Secara keseluruhannya, hasil pembelajaran  telah dicapai. Akan tetapi, masih ada kelemahan yang boleh dimajukan pada P&P yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment