Blogger Templates

Wednesday 7 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 4 -- PENDIDIKAN MORAL

https://docs.google.com/open?id=0B-mNIUljschBNzI0MjdkZTktOWQ0Zi00ODhlLWFlZmItOWYyZjJmNWQ0ZmFh


Refleksi Pelajaran 4
     Selepas mengajar, saya mengimbas kembali akan kelebihan dan kelemahan saya semasa saya menjalankan P&P. Saya mendapati pada langkah set induksi, kebanyakkan murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran saya. Ini mungkin kerana cara panyampaian saya terlalu boring. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah saya menggunakan teka-teki untuk menarik minat murid kerana murid-murid agak suka meneka teka-teki.
    Semasa menjalankan P&P, saya mendapati murid agak suka menyanyi dan juga melakukan pergerakan tangan. Saya juga mendapati segolongan murid tidak dapat menyanyi lagu tanpa muzik. Cara yang boleh saya mengatasi masalah ini ialah menyediakan lagu “Kereta Beroda Tiga” tanpa lirik supaya membolehkan murid menyanyi dengan seragam.
Selain itu, saya mendapati masa yang digunakan untuk mengajar murid menyanyi dan membuat pergerakan tidak mencukupi dan menyebabkan mereka tidak dapat menyanyi sambil melaku pergerakan tangan. Saya patut menggunakan lebih masa untuk mengajar murid menyanyi lagu bersama pergerakan tangan.
Selepas menghabiskan pelajaran ini,  saya mendapati masih ada masa tertinggal. Ini bermakna saya masih mempunyai masa bagi murid menjalankan pertandingan menyanyi dan melakukan pergerakan tangan antara kumpulan agar murid dapat menguasai pelajaran sepenuhnya.
      Pada penutup pelajaran, murid dapat merumus isi pelajaran  dan ini terbuktilah hasil pembelajaran telah dicapai.

No comments:

Post a Comment