Blogger Templates

Wednesday 7 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 5-- BAHASA CINA

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 5-- BAHASA CINA
https://docs.google.com/open?id=0B-mNIUljschBNTkwODUxN2QtN2UzNS00ZGNjLTk4M2EtZmJjOGQ0NWFlNzhi

BAHAN BAHAN MENGAJAR
(VERSI BAHASA CINA)
https://docs.google.com/present/edit?id=0AemNIUljschBZGduajIyczRfMGRoOHA5aGY4

BAHAN BAHAN MENGAJAR
(VERSI BAHASA MALAYSIA )
https://docs.google.com/present/edit?id=0AemNIUljschBZGduajIyczRfNTdkbjlqYjZ3NA


 Refleksi


Selepas mengimbas kembali pengajaran saya, saya mendapati pada langkah set induksi, selepas saya mengumumkan terdapat kad-kad tersembunyi di bawah meja murid yang bertuah ,mereka terkilan-kilan mencari kad-kad dan murid yang mendapat kad pula cuba menggunakan tanda baca untuk membentuk deria dalam muka. Murid aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Saya telah berjaya mencungkil minat pelajar untuk mengikut pelajaran. Muka yang dipamer itu cukup besar untuk dilihat seluruh kelas yang seramai 36 orang murid. Warna yang digunakan dapat menarik perhatian murid dan seterusnya memberi perhatian yang sepenuhnya kepada persoalan saya. Dengan ini, murid bersedia untuk menerima pelajaran baru serta menggalakkan pembelajaran mereka. Set induksi yang terancang ini bersifat kreatif, menarik dan berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan hari ini. Saya juga telah mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dan pelajaran lepas.


Permainan yang dirancang ini dapat membantu, memotivasikan dan mengekalkan fokus murid terhadap penyampaian saya. Permainan yang dilaksanakan dalam set induksi berjaya meningkatkan minat pembelajaran murid. Ia juga dapat mewujudkan daya kreativiti murid kerana mereka cuba membentuk muka kosong yang ditunjukkan oleh guru dengan menggunakan tanda-tanda baca yang diberikan. Permainan set induksi ini juga mewujudkan daya saing dalam kumpulan pelajar kerana murid yang ‘bertuah’ saja boleh menampil ke depan kelas untuk menyelesaikan tugasan guru.


Dalam langkah menstruktur /menstruktur semula, saya menanyangkan slaid-slaid untuk mengajar tanda baca dan kegunaannya. Pada ketika itu, barulah saya mengesan bunyi (effect sound) keluar yang dikeluarkan dari komputer tidak cukup kuat untuk didengar seluruh kelas. Suasana kelas kelihatan sunyi sepi sahaja dan
saya mendapati beberapa orang murid berasa bosan dan kurang memberi perhatian. Saya telah menggunakan kaedah demonstrasi dalam langkah menstruktur semula.


Demonstrasi merupakan cara di mana guru atau rakan murid akan menunjukkan contoh bagi melakukan sesuatu. Aktiviti ini juga boleh dilakukan dengan tayangan visual. Pada asasnya, demontrasi memerlukan murid membuat pemerhatian dan penelitian. Sebelum memulakan demonstrasi, saya hendaklah memberitahu murid tentang tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan sebarang kesilapan.


Dengan bantuan slaid powerpoint, saya telah menunjukkan cara penulisan tanda-tanda baca di kedudukan yang betul dalam petak grid. Semasa demonstrasi, saya memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. Sekiranya murid menunjukkan keraguan, saya segera menerangkan langkah itu sekali lagi. Masalah teknikal pada komputer (background music dan sound animations)muncul menyebabkan murid hilang tumpuan. Saya menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid. Saya memastikan semua murid melihat demonstrasi dan mendengar penjelasan dengan jelas.
Saya meminta murid membuat demonstrasi itu di petak grid yang disediakan supaya memperkukuhkan pemahaman mereka tentang cara-cara menulis tanda baca. Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi dengan mencontohi apa yang diajar oleh guru. Murid melibatkan diri secara aktif dan bertindak dengan pantas .Ini dapat ditunjukkan dengan mereka mengangkat tinggi petak grid yang telah ditulis tanda-tanda baca.


Cerita yang saya gunakan dalam langkah aplikasi idea ialah sebuah cerita pengajaran. Jenis cerita ini sama dengan tajuk bidang pelajaran yang membawa pengajaran pada akhir ceritanya. Cerita ini biasa didengar dan dilihat dalam buku cerita. Murid yang gemar membaca mungkin pernah mendengar cerita ini.


Pada langkah penutup, saya telah menunjukkan 2 ayat dengan menggunakan slaid powerpoint. Di mana murid menyatakan betul atau salah tentang penggunaan tanda baca pada ayat-ayat tersebut. Latihan ini bertujuan menguji maklumbalas segera murid supaya respon yang betul diterima dan diperkukuhkan manakala respon yang salah dibetulkan.


Latih tubi merupakan kaedah yang bertujuan memberi peneguhan secukupnya khususnya bagi murid untuk lebih memahami apa yang telah dipelajar. Melalui kaedah ini, sesuatu pelajaran itu akan diulang bagi mengukuhkan daya ingatan murid terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, di akhir pengajaran saya telah menyediakan 3 set lembaran kerja mengikut tahap pembelajaran murid terhadap isi pelajaran hari ini. Saya telah memberi latihan dalam memahami maklumat berbentuk visual atau auditori supaya murid belajar berbincang dan menulis tentang apa yang telah dipelajari.


Saya mendapati objektif pengajaran saya sudah tercapai 90% kerana hanya 5 orang murid sahaja masih ada kekeliruan dengan penggunaan tanda baca. Pada penutup pelajaran, hampir semua murid dapat menyatakan ayat yang salah menggunakan tanda baca dan memperbetulkan tanda baca. Ini terbuktilah hasil pembelajaran telah dicapai. Secara keseluruhan, murid dikatakan aktif melibatkan diri dalam pengajaran. Ini dapat ditunjukkan dengan mereka bersiap sedia dengan arahan pengajaran saya seperti mencari tanda baca yang diletakkan di bawah meja, menulis tanda baca dalam peta grid , berlakon berdasarkan cerita yang dipelajari dan membezakan 2 ayat pada penutup.


Saya tidak mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya kerana saya sudah bersiap sedia dengan setiap langkah yang diajar. Saya telah mengabiskan pengajaran 10 minit lebih awal jika dibandingkan dengan peracangan pelajaran. Ini mungkin disebabkan cara saya bercakap terlalu laju. Saya patut bercakap dengan kelajuan yang sederhana agar murid yang lemah juga mudah mentafsir isi kandungan yang disampaikan oleh saya.


Untuk mempertingkatkan pelajaran ini, saya patut menggunakan pembesar suara supaya murid dapat melihat persembahan slaid perisian power point sambil mendengar bunyi animation yang disediakan. Saya juga memerlukan satu alat kawalan komputer supaya saya tidak perlu berdiri saja di tepi komputer untuk mengawal persembahan slaid perisian power point. Dengan adanya alat kawalan komputer, maka saya hanya perlu menekan butang alat kawalan komputer dan saya boleh berjalan sambil mengajar agar lebih merapatkan diri dengan murid.


Jika saya berpeluang untuk mengajar sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, maka saya akan mengubah permulaan pelajaran dengan memasukkan tanda baca yang kecil itu ke dalam sampul surat agar murid senang mencarinya di bawah meja. Ini kerana saya mendapati murid saya kelam kabut untuk mencari benda di bawah meja kerana tanda baca yang disediakan terlalu kecil. Ada sebilangan murid pula menolong rakan mencari.


Selain itu, murid juga keliru untuk menggantikan tanda baca kepada anggota deria. Bahagian ini memerlukan masa yang lama kerana mereka perlu memikirkan tanda baca tersebut sesuai diletakkan di bahagian mana pada wajah. Cara yang boleh saya gunakan untuk mengatasi masalah ini ialah memberi peluang kepada murid berkenaan untuk berbincang dengan kawan agar mereka mendapat idea untuk menyelesaikan masalah.


Dalam bahagian menstruktur dan menstruktur semula iaitu murid menulis tanda baca pada peta grid. Saya mendapati ada beberapa orang murid yang salah menulis tanda baca seperti tulis di petak yang salah dan sebagainya. Pada masa itu, saya hanya menyuruh mereka untuk memadam dan menulis semula. Saya patut menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh murid di hadapan kelas supaya semua dapat belajar daripada kesalahan.


Penjelasan saya di bahagian penggunaan tanda baca berbentuk sehala iaitu saya yang banyak bercakap dan murid hanya mendengar. Saya boleh membimbing murid untuk memberi contoh bagi setiap penjelasan berkenaan pengguunaan tanda baca supaya murid benar-benar memahami penggunaan setiap tanda baca.


Dalam langkah aplikasi idea, semua murid tertarik dan seronok dengan lakonan yang disampaikan oleh 3 orang murid. Saya patut memberikan masa yang lebih kepada 3 murid berkenaan untuk berbincang dan berlatih agar mereka dapat membuat persembahan yang lebih menarik dan bukan hanya membaca skrip. Saya juga boleh membahagikan murid-murid kepada kumpulan dan mereka berlatih di dalam kumpulan dalam masa 5 minit dan seterunya saya memilih salah satu kumpulan untuk membuat persembahan lakonan di depan kelas agar semua murid dapat melibatkan diri dalam lakonan. Jika masa mengizinkan, saya akan membenarkan satu lagi kumpulan murid melakon.


Secara keseluruhan, saya patut belajar dari kelemahan dan memperbaikinya agar pengajaran saya dapat berjalan lancer manakala kekuatan pengajaran saya diteruskan.

No comments:

Post a Comment